Salah satu resepi yang dicuba dari Koleksi Resipi Pilihan Diana.
Cikgu Coolnya bernama "Lady _ Aries" (maaf ya resepi nie pun just cut & paste jugak..dah mlm ngantuk nak tido LOL , silap2 mimpi dengan kueh2 nie lak... :-D )
COCONUT BLOSSOM
Bahan
250 gm gula
2 biji telur sejuk
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml santan pekat
300 gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
1 oz air pandan } aries gunakan pes pandan
1 tsp warna hijau } instead
acuan kertas
Cara membuatnya :
Semua bahan-bahan masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3 – 5 minit. Campurkan warna hijau dan gaul rata. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam mangkuk kecil, kemudian taruhkan inti kelapa di tengah lalu ditutup dengan 1 sudu adunan dan kukus selama 15-20 minit.
sebenarnya resepi tu ialah apam mekar kak hanieliza. Kalau tak salah resepi tu gunakan 200ml susu tapi aries substitute gunakan 200ml santan.
Note : Saya tukar jugak dari santan kepada susu cari sebab kat rumah banyak fresh milk .. ;-)
Saya jugak bahagian aduan kepada dua bahagian, satu diwarnakan hijau letak -perwarna hijau + perasa pandan , satu lagi letak warna unggu + perasa keladi. Oleh kerana malas nak wat inti mcm dalam resepi nie saya just letak gula merah + kelapa parut putih lebihan dari makan apam indon tu... :-D nak jimat LOL ..Hasilnya wowwwwwwwwww lagi sedap.... :P .
Oleh kerana kukus saya teramat lee kecik so kena lee acuan baru letak paper cup tu...yang keladi lak nampak kecik sebab guna paper cup yang ciput tu...so jadi lee dua version satu kecik satu besar... :-D . Paper cup tu pun lebihan wat kueh raya jugak.... ;-)